Tuesday, June 9, 2009

Wahai Penasyid Imejmu Cerminmu

Salam sedaghe semua..
Sudah bertahun lamanya tidak menulis di blog ini. Almaklum ana sangat sibuk dengan kerja harian dan alhamdulillah sekarang dah mula bercuti boleh lah ringan2kan tangan sikit.
Dunia masakini dibelengu musibah seperti penyakit H1N1, kapalterbang Air France yang berkecai dan mangsanya hilang, tadika di mexico terbakar dan 38 anak2 kecil yang terkorban, dilema kesultanan Malaysia dll. Alhamdulillah kita semua dilindungi Allah dan masih bernafas hari ini. Ana doakan supaya kita dilindungiNya terus..
Semalam, ketika menonton rancangan sensasinya 'Melodi" yang selalu mengorek kehidupan artis... dah kahwin ke belum?... di mana menghilang?... kenapa bercerai?... soalan2 seperti ini yang membuatnya sensasi. Ia adalah lumrah bagi pelakon penyanyi digosip tapi semalam seorang yang dikenali sebagai Ustaz Penasyid Pendakwah disiarkan pembicaraan proses penceraian beliau dan isterinya di mahkamah Memang perceraian bila ditakdirkan terjadi apa nak buat kan... tetapi kenapa perlu disensasikan. Ana nak gelar dia apa pun ana tak tahu... Ustaz?... Munsyid?... Da'i?. Ana gelar dia "DIA' lah ok. Cerita DIA dah tersebar di serata Malaysia dan BH singapura juga.
Kelmarin di Youtube ana tonton ujibakat "one in the million" siaran Malaysia, alangkah terperanjatnya bila melihat hamba Allah ni yang dulunya masyhur dengan kumpulan nasyid lelakinya... beliau sertai ujibakat ini dengan imejnya yang cenderung kepada kewanitaan. Sewaktu ana belajar di Malaysia memang ada dikalangan pelajar yang bersifat lembut dengan keimanan yang kental kuat beribadah kepada Allah (ini ok ah), ada juga yang terlentur imannya sampai terbawa2 kepada cara pemakaiannya yang mirip wanita (nauzubiLLah). Ana begitu sedih dengan keadaan hamba Allah ini... ana doakan supaya beliau dapat berubah dan bertaubat.
Dua senario yang berbeza ini ana paparkan kerana pada ana bidang nasyid adalah salah satu wasaa'il atau pendekatan yang murni suci untuk kita membimbing masyarakat dan janganlah sekali-kali kita kerohkan. Nasyid membuatkan anak kecil hafal doa, rukun Islam malah di madrasah ia sebagai komponen penting untuk pelajar menghafal perkataan-perkataan dan susunan ayat dalam subjek Bahasa Arab. Teringat dulu bila AlFadhil Ustaz Khairuddin (Madrasah Aljunied) bila mengajar bahasa Arab pasti beliau akan akan menyanyikan nasyid.."jumjumatun tengkorak.. ra'sun kepala.. anfun hidung.. minkharun lubang hidung".. sampai sekarang ana ingat.
Ana khuatir (sebenarnya sudah terjadi) masyarakat kita tidak dapat membezakan antara nasyid dan lagu-lagu biasa yang mengisahkan tentang cinta kepada nurkiah... farhanah... fatimah... dll. Lebih khuatir lagi orang yang membawa nasyid itu merosakkan imej seorang penasyid yang murni. Ana tidak ingin lagi mendengar kata-kata seperti "oh ni dulu penasyid sekarang rabak ah... ada ke keluar berdua-duan dengan perempuan lain.. dah kahwin plak tuu" ni lagi parah "nasyid je tapi solat tak jaga".
Kepada adik-adikku Irsyadee dan kumpulan nasyid yang lain, ketahuilah menjadi penasyid sama seperti menjadi seorang pendakwah mulutmu tidak kekang dari memurnikan Islam dan meng'islah masyarakat sambil berbakti kepada madrasahmu. Janganlah pentingkan dirimu sendiri bergeraklah secara jamaah... teruskanlah berjuang dengan suaramu yang lunak dan menusuk di Qalbu...
kalau tersalah bahasa harap maaf.
Salam sayang
Akh Mohd Nor Mustaqim

No comments: